RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BM



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU KSSR

Mata pelajaran     : Bahasa Malaysia
Tahun                   : 3 Ibnu Sina
Bilangan murid     : 20 orang
Tarikh                   : 25 Februari 2014
Masa                    : 8.15 Pagi – 9.15 Pagi (60 minit)
Tema                    : Kekeluargaan
Tajuk                    : Amira yang Baik Hati


Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
2.2       Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
2.2.3    Membaca dan memahami ayat dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Objektif :
 Pada akhir pengajaran, murid dapat :
  i.        Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat berdasarkan petikan bertajuk “Amira yang Baik Hati ” yang diberi dengan menggunakan sebutan yang betul.
 ii.        Mengenal pasti ayat penyata yang mengandungi kata adjektif dalam petikan.
Sistem Bahasa :
Tatabahasa :  kata adjektif, ayat penyata
Kosa kata    :   menziarahi, nota kecil, sembuh

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum :
Ilmu     : Pendidikan Moral
Nilai     : Baik hati, hormat-menghormati, kasih sayang
KB       : Mengenal pasti, menghubung kait
KP       : Verbal linguistik, interpersonal
EMK    : Keusahawanan



Bahan Bantu Belajar (BBB)
1)        Komputer
2)        LCD
3)        Video lagu “Ibu Ratu Hatiku”
4)        Slide Power Point
5)        Teks Cerita
6)        Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia Ada
                       Murid pernah menziarahi ahli keluarga yang sakit di hospital.


Isi Pelajaran

Langkah/ Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan


Nyanyian lagu “Ibu Ratu Hatiku” berserta lirik lagu.


Set induksi (5 minit)

1)    Murid-murid ditayangkan dengan video lagu yang bertajuk “Ibu Ratu Hatiku”.
2)    Murid-murid menyanyikan lagu tersebut berpandukan lirik yang ditayangkan dengan kuat dan bersemangat.
3)    Guru menerangkan tentang isi pelajaran pada hari ini.


BBB :
-       Video lagu “Ibu Ratu Hatiku”

KB :
-       Menghubung kait

KP :
-       Muzik



Teks cerita yang bertajuk “Amira yang Baik Hati ”






Penilaian kemahiran membaca


Nilai yang terdapat dalam cerita.

Langkah 1 (15 minit)

1)    Guru mengedarkan teks karangan yang bertajuk “Amira yang Baik Hati ” kepada murid.
2)    Murid-murid dikehendaki membaca teks secara bergilir-gilir.



3)    Murid-murid disoal tentang isi petikan.
4)    Murid-murid diminta mengeluarkan kosa kata yang terdapat dalam teks.
5)    Guru menerangkan kosa kata tersebut.
6)    Guru membimbing aktiviti murid memahami perkataan dan ayat yang terdapat dalam teks.


BBB :
-       Teks cerita
-       Lembaran kerja

KP : 
-       Verbal linguistik
-        Intrapersonal



Nilai :
-       Berdisiplin

KB : 
-       Mengenal pasti

BCB :
-       Kemahiran membaca
-       Kemahiran menulis


Tatabahasa :
Kata adjektif

Langkah 2 (20 minit)

1)    Guru menerangkan tentang kata adjektif berdasarkan slaid.
2)    Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
3)    Dalam kumpulan, murid diminta mengenal pasti ayat penyata yang mengandungi kata adjektif yang terdapat dalam teks “Amira yang Baik Hati”.
4)    Guru bersoal jawab dengan murid.

BBB :
-       Nota kata kerja
-       Slaid gambar

KB :
-       Mengenal pasti

KP :
-       Verbal linguistik
-        Interpersonal

Nilai :
Kerjasama



Pemulihan dan Pengayaan

Langkah 3 (15 minit)

       Penilaian :
1)    Setiap murid diberikan lembaran kerja oleh guru.
2)    Murid dikehendaki mengenal pasti dan membetulkan kesalahan penggunaan kata adjektif dalam ayat.

3)    Murid diminta membaca jawapan dengan sebutan yang betul.

Pemulihan:
1)    Guru membantu murid membaca dan memahami ayat berdasarkan kata adjektif dengan sebutan yang betul. 

Pengayaan:
1)    Murid mencipta serangkap pantun yang berkaitan dengan teks dengan menggunakan kata adjektif dan membacakannya di hadapan kelas.

BBB :
-       Lembaran kerja

KP :
-       Verbal linguistik
-        Intrapersonal



BCB :
-       Kemahiran membaca
-       Kemahiran menulis



Nilai yang diperoleh dalam cerita


Penutup (5 minit)

1)    Murid menyenaraikan nilai murni yang telah diperoleh hasil daripada pembelajaran mereka.
2)    Guru merumus pengajaran tajuk yang telah diajarkan pada hari ini.
3)    Murid menyanyikan lagu yang disediakan oleh guru. 


KP :
-       Verbal linguistik
-       Intrapersonal
-       Muzik

KB:
-       Merumus

Nilai murni :
-       Disiplin

No comments:

Post a Comment